Jangan duduk terlalu lama
di suatu tempat,
bangun dan atur semula langkahmu.
jangan takut untuk mencuba,
kerana pengalaman itu mendewasakan dirimu.
yakin dan percayalah,
Allah sedang mengaturkan sesuatu yang baik untukmu,
Kerana DIA merupakan perancang terbaik untuk kita.
Belajar yakin dan percaya,
Bahawa tidak ada kesudahan yang menyedihkan.
Yang ada cuma kebahagian yang ditangguhkan.
Sama ada diganti dengan yang lebih baik,
Atau disimpan sehingga tiba saat dan masa yang sesuai.
Mudahnya, kalau ia adalah kehendak dan ketentuan Allah.
Melarikan diri daripada masalah,
hanya menambahkan lagi masalah.
Jangan penyelesaian yang terbaik adalah dengan menyelesaikan masalah tersebut.
Selagi kita tidak pernah bertanya,
Selagi itulah jawapannya adalah "tidak".
Selagi kita tidak mengejar apa yang kita hendak,
Selagi itulah kita tidak akan dapat apa yang kita mahu.
Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
Jika kita tidak bergerak satu langkah ke depan,
Kita masih lagi berada di tempat yang sama.
Dalam kehidupan ini,
Jika kita inginkan sesuatu yang tidak pernah kita dapat,
Kita hendaklah melakukan sesuatu yang tidak pernah kita buat.
Jangan pernah mengatakan,
" masih ada masa"
atau " mungkin lain kali"
kerana kedua-duanya tetap menyatakan makna yang sama
iaitu " anda telah terlambat".