Manusia Itu UNIK!
kerana itu kita dijadikan berbeza-beza perangai dan sifat :)
latar belakang diri
cerita pendek
tugasan
kata-kata nasihat
hasil kegiatan
Ruangan ini memaparkan antara tugasan-tugasan yang dilakukan oleh penulis sepanjang bergelar pelajar.
Seloka
File Size:
29 kb
File Type:
docx
Download File
terjemahan_dalam_bidang_pendidikan.docx
File Size:
28 kb
File Type:
docx
Download File
Penglahiran Bakat Kreatif (Teknik Reaginasi )
Tahap 1 (Realiti )
Seekor burung
Memberi anaknya
Seekor ulat
Untuk dijadikan santapan pagi
Di atas sebatang ranting pohon.
Tahap 2 (Imaginasi)
Kasih seorang ibu
Ibu,
Betapa mulianya dirimu
Sanggup berkorban
Masa dan tenaga
Sanggup berkorban
Harta dan wang ringgit
Sanggup berkorban
Jiwa dan raga
Demi anak tercinta.
Ibu,
Kasihmu hingga ke syurga
Tidak mampu diucap oleh kata-kata
Tidak terbalas jasamu dengan harta benda.
Tahap 3 (Reaginasi)
Kasih ibu burung
Di ufuk timur
Mentari mula menonjolkan diri
Di sebalik kabus pagi
Kelihatan
Sang ibu
Terbang dari sarangnya
Turun ke bumi
Mencari sesuap rezeki
Untuk Si anak yang setia menanti.
Girang Si anak
Menyambut kepulangan ibu
Seekor ulat di mulut
Diberikan kepada anak kesayangan
Biarpun dirinya kelaparan.
Dalam hati ia berbisik
Wahai Si anak
Aku sanggup lakukan
Apa sahaja untukmu
Kerana aku kasih
Kerana aku cinta.
Husna Hidayah Mansor,
7 Mei 2012.
Manusia Itu UNIK!